Saturday 6 August 2011

[Agama] Hukum-hukum meninggalkan puasa


assalamualaikum dan salam ramadhan.. semua berpuasa tak hari ini? yang berpuasa tu bagus la, tappi yang tak puasa, apa nak jadi la.. korang tahu tak hukum meninggalkan puasa? kalau yang perempuan tak puasa tu tak apa la mungkin sebab masalah wanita tapi yang lelaki tu? 


Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) : 
1.Wajib Qadak .
2.Wajib Qadak dan Membayar Fidyah .
3.Tidak Wajib Qadak.
4.Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.
1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana
1.Kedatangan haid dan nifas .
2.Sakit yang membahayakan .
3.Tersangat lapar dan dahaga .
4.Dalam perjalanan .
5.Pitam.
6.Mabuk.
7.Mengandung .
8.Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-
.masing.
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:
1.Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
masing-masing.
2.Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan
anak masing-masing .
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
1.Kafir (tidak beragama Islam) .
2.Kanak-kanak .
3.Gila .
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang
2. yang meninggalkan puasa kerana:
1.Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya .
2.Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.



Sumber daripada JAIS
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment