Monday 13 June 2011

Derhakakah kita?


Kita selalu fikir bahawa kita terlepas daripada derhaka kepada ibu bapa..kita selalu ingat yang kita ini anak yang soleh dan solehah.. biasalah.. semua orang merasakan dirinya sempurna.. tetapi sedarkah kita yang kadang2 kita ada melukakan hati kedua ibu bapa kita?

Untuk berbakti dan menghormati ibu bapa memang susah..maksud aku untuk menjaga hati mereka.. kadang2 mereka tidak bersetuju dengan pendapat kita.. tetapi apa yang kita lakukan? Menuruti atau melawan? Banyak yang melawan.. contohnya jika kita tidak dapat sesuatu yang di pinta, semestinya kita akan sedih dan kecewa.. di sebabkan hal itu, pasti terdetik di hati kita untuk mengata dan memarahi ibubapa kita..

Kita tidak sedar pekara ini..apa yang kita fikir ialah kita tidak menderhaka dengan mereka..tetapi mengata juga merupakan sesuatu perbuatan yang mengderhaka.. sedangkan mengata orang sahaja sudah mendapat dosa besar inikan pula mengata kedua ibu bapa yang menjaga kita sejak kecil..

Ibubapa semuanya sayangkan anak mereka.. mereka kalau boleh ingin sentiasa memerhatikan kita agar kita tidak melakukkan kesilapan dan agar kita tidak menghadapi kesusahan.. tetapi, pernahkah kita mempunyai perasaan begitu? Apa yang kita fikir adalah keseronokkan dan hiburan semata2..

Jika rakan2 ajak keluar dan ibu bapa melarang kita, apakah yang kebanyakkan orang lakukan? Menuruti dengan tidak keluar atau keluar tanpa pedulikan arahan? Kebanyakkan mereka tidak menghiraukan arahan ibu bapa..mereka lebih pentingkan kawan daripada ibubapa sendiri.. bila kita meningkat remaja, semestinya kita akan mula memberontak taktala mengenali dunia dewasa..

Banyak yang hanyut dengan hiburan dan tidak lagi memikirkan kedua ibu bapa kita..cuba korang jujur dengan diri korang dan Tanya diri sendiri, sepanjang korang lepak atau keluar dengan rakan2, ada tak korang terfikir keadaan ibu bapa korang di rumah? Mereka makan apa, sihatkah mereka? Jarang yang akan terfikirkannya..

Menjadi anak yang soleh dan solehah bukanlah mudah.. untuk menjadi anak yang soleh, kita perlu taat kepada kedua ibu bapa.. jika kita baik dengan ibubapa, sudah pasti mereka akan menyayangi dan tidak keberatan untuk menunaikan permintaan korang..

Sayangilah ibu bapa kita selagi mereka hidup.. berbaktilah kepada mereka selagi kita boleh..jangan sesekali menderhaka dan melawan mereka..hubungan antara anak dan ibu bapa sangat penting kerana kejayaan dalam hidup bergantung kepada restu dari keduanya...



Post License @ adamfikri.co.cc. [click to see license]

2 Comments: