Saturday 4 December 2010

saya perihatin : 2 orang kanak-kanak yang memerlukan bantuan segera

assalamualaikum dan salam sejahtera . semalam ketika aku membaca surat khabar aku ada terbaca tentang satu berita dimana isi berita itu menerangkan bahawa terdapat dua orang kanak-kanak yang memerlukan wang untuk melakukan pembedahan .

kanak2 pertama ialah Muhamad Ammar Rasydan Mohamad Syahir berusia 8 bulan memerlukan RM40,000 untuk kos pembedahan . kanak2 tersebut perlu menjalani pembedahan membetulkan Ventricular Septal Defect (VSD) yang mengalami masalah . Bapanya , Mohamad Syahir Abd Mutalib,26 bekerja sebagai juruaudio dari seberang jaya dengan pendapatan hanya RM970 sebulan manakala ibunya , Nurul Salwa Abd Rahman , 25 hanyalah suri rumah .




kanak2 kedua pula ialah Ifti Nuraina Dayini Suraimy,4tahun juga turut mengalami masalah yang sama . mereka memerlukan RM 30,000 . Ifti menghadapi masalah saluran Atrial Septal Defect (ASD) yang menghubungkan Pulmonary Stenosis pada paru2 . bapanya Suraimy,28 bekerja sebagai petani dengan pendapatan RM1,200 sebulan manakala ibunya Norazila Harun,28 hanyalah suri rumah .




so, kepada sesiapa yang perihatin nak derma dan menghulurkan bantuan anda bolehlah menghantar cek / wang pos anda pada alamat di bawah :

The new Straits Times Press (M) Sdn Bhd,
Bahagian/Tabung Kebajikan NSTP,
The New Straits Times Press (M) Berhad,
Balai Berita , 31 Jalan Riong , 59100
Kuala Lumpur

dengan menulis nama kanak2 berkenaan di belakang cek berkenaan .

sumbangan anda merupakan sesuatu yang tidak ternilai buat meraka tidak kiralah sama ada sumbangan anda hanya bernilai 1 sen tetapi jika di beri dengan ikhlas pasti akan memberi manfaat yang cukup besar buat meraka . saya juga merupakan insan biasa dan juga mempunyai perasaan belas kasihan . jika kita tidak mampu menderma harta marilah sama2 kita mensedekahkan doa supaya mereka berdua selamat .


petikan diambil dan diubahsuai dari Harian Metro 3 disember 2010

0 Comments

Post a Comment