Saturday 4 December 2010

Maher zain - penyanyi yang membawa imej islam dalam lagunya

hari ini dalam segment skodeng artis aku nak ceritakan
serba sedikit tentang penyanyi international yang baru melonjak naik ini iaitu Maher Zain

untuk pengetahuan korang ,Maher Zain dilahir di Lebanon pada tahun 1981 . Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya.
pada usia sepuluh tahu Maher mendapat keyboard pertamanya . Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering .  Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal .

Tentang kerjayanya pula Maher Zain terlibat untuk sementara di scene muzik
 sebagai penerbit muzik Maher diperkenalkan ke RedOne,
 seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco.
Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York.
Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan
membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records.
Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi
,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, 
dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.






 

0 Comments

Post a Comment