Monday, 14 April 2014

Usaha Membantera Samseng Jalanan : 31 Motosikal Disita

MELAKA - Polis Melaka menyita 31 motosikal dalam operasi membanteras samseng jalanan di persimpangan lampu isyarat Syah Bandar Jalan Syed Abdul Aziz berhadapan Hotel Swan Garden di sini semalam.


Gambar Hiasan
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, sebanyak 167 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam pemeriksaan melibatkan 420 motosikal, 21 kereta dan 489 individu dalam operasi lebih tiga jam bermula 6 petang semalam.

Beliau berkata sebanyak 23 saman turut dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan manakala 14 motosikal diarah menjalani pemeriksaan lanjut oleh jabatan itu.

"Semua yang diperiksa melibatkan mereka berusia 14 hingga 28 tahun termasuk seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata semua saman yang dikeluarkan dan motosikal yang disita membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Katanya operasi melibatkan lebih 50 anggota penguatkuasa termasuk polis dan JPJ yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik ibu pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran. - Bernama / Sinar Harian

0 Comments

Post a Comment