Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan senarai pemohon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mulai 24 April 2014. Keputusan berkenaan adalah bagi pelajar SPM 2013 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober tahun lalu.
Bagi pemohon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).
Tarikh Pendaftaran
- 19 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perlis
- 25 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Sarawak, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Kelantan
- 26 Mei 2014, Kolej Matrikulasi di seluruh Semenanjung.
Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi. Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
Nombor Kad Pengenalan atau
Nombor Lembaga Peperiksaan
Semakan Melalui Atas Talian (online)
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM disini > SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN CALON PROGRAM MATRIKULASI TAHUN 2014/2015
Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
Taipkan MOE
Contoh : MOE MAT 920605051542
0 Comments
Post a Comment