Tuesday 8 April 2014

HTC M8 Mini Akan Memasuki Pasaran Mei Nanti

Banyak pengeluar telefon pintar sedang cuba untuk menawarkan versi mini telefon pintar mereka,dan kini HTC juga bersedia untuk memasarkan versi mini HTC M8,yang dipanggil sebagai HTC M8 mini.


Menurut khabar angin daripada British Elektronik,HTC M8 Mini Akan Berada Di Pasaran Pada Mei Ini.Yang akan datang bersama HTC M8 mini adalah paparan skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi 720p atau 1080p.

Malangnya,tidak ada dua kamera UltraPixel di belakang.Versi mini HTC M8 adalah mempunyai ciri-ciri yang lebih rendah daripada HTC M8, manakala versi biasa dikuasakan oleh Snapdragon 801, versi mini pula dikuasakan oleh Snapdragon 400 atau mungkin pemproses snapdragon 200.Versi mini HTC M8 juga mempunyai RAM yang lebih rendah,dan kapasiti storan dalaman yang lebih rendah yang dioperasikan Android 4.3 Jelly Bean OS.

Walaupun kita sedang menunggu versi mini HTC M8, terdapat juga produk yang bersedia untuk menuju di pasaran pada separuh kedua tahun ini iaitu telefon pintar Samsung Galaxy S5 Mini dan Sony Xperia Z2 Compact.Sama-sama kita nantikan kemunculannya. -gempak.org