Tuesday 8 April 2014

Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 kepada anaknya


Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 kepada anaknya | Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Beruntung anak rozita che wan ni.

Dalam satu temubual bersama media baru baru ini, Rozita Che Wan mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah berjaya dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisaikan impian anaknya.

Rozita Che Wan memberitahu yang beliau ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Rozita Che Wan dan suami merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.

Semua itu rezeki masing-masing. harap tiada siapa yang dengki dan mencemburui mereka. -Sumber