Wednesday, 16 April 2014

Hanez Suraya Batalkan Kontrak Jadi Duta Aura White

Hanez Suraya mengakui yang  beliau tidak akan terus menjadi duta produk kecantikan Aura White selepas kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Namun, beliau tidak digugurkan seperti yang didakwa ramai. Hanez Suraya sendiri yang meminta supaya kontrak enam bulan beliau bersama Aura White sejak Disember ditamatkan tanpa memperbaharui, menurut wakil Aura White.

“Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia undur diri. Kami faham dengan situasinya,” jelas Pegawai pemasaran produk Aura White, Nurul Lina.

“Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin”

Wakil Aura White itu juga berkata yang produk kecantikan jenama itu sebenarnya menjadi lebih popular selepas kontroversi Hanez Suraya dan sekaligus meningkatkan jualan. Baguslah begitu, sila pujuk Hanez Suraya untuk kekal. - Rotikaya







0 Comments

Post a Comment