Borang permohonan online skim MYHOME Perumahan mampu milik swasta | Skim MyHome adalah insentif kepada pemaju perumahan untuk mendorong mereka membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah.
Cara pembayaran Skim MyHome.
- Bayaran insentif RM30000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui skim MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.
- Pembayaran RM30000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditanda tangani.
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Pembeli rumah pertama.
- Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
- Pendapatan isi rumah:
MyHome 1 : RM3000 – RM4000
MyHome 2 : RM4001 – RM6000
Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome
- Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
- Projek di bawah Skim MyHome perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan.
Moratorium yang perlu dipatuhi oleh pembeli rumah yang layak
- Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun.
- Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan).
- Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
- Pindah milik/jualan kepada ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri/anak dibenarkan.
Cara memohon
Permohonan dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui cara-cara berikut :- Permohonan atas talian di http://ehome.kpkt.gov.my/
- Muat turun borang (download) di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT iaitu http://ehome.kpkt.gov.my/
- Mengambil borang di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN di alamat yang berikut:
Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)Anda boleh gunakan pautan dibawah untuk lakukan secara talian.
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 34, No. 51,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000 Faks : 03-8891 4227
Pendaftaran secara online Skim MyHome
Download borang permohonan Skim MyHome
Laman web myhome.kpkt.gov.my
Tags: Myhome, perumahan myhome, skim perumahan mampu milik 2014, skim perumahan myhome, skim perumahan rumah kos rendah, skim perumahan myhome swasta, skim myhome perumahan. Download borang myhome, download borang perumahan myhome
0 Comments
Post a Comment