Friday 7 February 2014

Nabil mohon maaf isu lawak keterlaluan

Timbul kekecohan apabila bekas juara Raja Lawak ini telah memalukan Luna Maya dalam salah satu "punchline" lawak yang dilakukan secara lansung dalam sebuah program realiti television minggu lepas.


Kesan daripada kejadian itu, Nabil telah mendapat kritikan hebat daripada peminat yang kebanyakannya mendakwa bahawa Nabil bersikap tidak sensitif terhadap isu tersebut.

Namun akhirnya, baru-baru ini Nabil yang pada mulanya berkeras mempertahankan pendiriannya itu telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah program hiburan yang diacarakan olehnya.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat yang marah sebab minggu lepas kami ada buat lawak yang agresif sikit dan mungkin telah melukakan hati ramai orang. Jadi saya dengan rendah diri nak minta maaflah pada semua”
Mengakui kesalahannya, Nabil turut mengatakan bahawa objektif persembahannya agak tersasar dan perkara itu berlaku secara tidak sengaja.

Sumber

0 Comments

Post a Comment