Thursday, 29 December 2011

Wanita Kehilangan Cuping Telinga


Wanita Kehilangan Cuping Telinga Memaafkan Ibunya

Guangdong – Seorang wanita berusia 20 tahun sanggup memaafkan ibunya walaupun kedua-dua cuping telinganya dipotong wanita tersebut, kira-kira enam tahun lalu.

Berikutan kemaafan daripada Xiao Jie, 20 itu, hukuman penjara ke atas ibunya, Chen telah dikurangkan separuh.

Kejadian berkenaan berlaku pada 27 Oktober 2005 apabila Chen memotong telinga Xiao Jie, yang ketika itu berusia 14 tahun.

Chen melakukan perbuatan itu ketika anak gadisnya sedang tidur dan selepas memotong kedua-dua telinga Xiao Jie, dia membuangnya ke dalam tandas.

Walaupun ketika itu Xiao Jie merayu dan menjerit kesakitan, dia tidak mempedulikannya, dan selepas melakukan perbuatan berkenaan, Chen menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Punca utama kenapa Chen bertindak demikian ialah kerana marah dengan anak gadisnya yang enggan mendengar kata dan turut mencuri wang.

Wanita berkenaan yang turut diarahkan menjalani pemeriksaan mental telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun namun selepas anaknya memaafkannya, hukuman itu dikurangkan kepada tiga tahun.

Sementara itu, Xiao Jie telah menjalani pembedahan untuk membentuk semula telinganya dan dia kini bekerja sebagai pakar kecantikan di Guangzhou.

Xaio Jie juga sudah berbaik semula dengan ibunya itu.

sumber : mynewshub

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment