Jadual perlawanan yang berat sebelah membantu United. |
Pengurus Manchester City itu bersuara: "Saya tak gembira dengan situasi sekarang."
"Saya tahu ia untuk TV tapi bermain dua kali dalam dua hari sedangkan pasukan lain bermain selepas tiga hari memang tidak kena."
"Untuk bermain dua kali dalam masa 48 jam akan memberikan perbezaan. Tapi kami perlu terus mengekalkan konsentrasi kami. Kami tahu Januari sangat penting."
Mancini memberitahu jadual perlawanan Tahun Baru yang amat padat telah memberikan United ekstra 24 jam untuk pulih di antara perlawanan.
Perlawanan City seterusnya ialah berkunjung ke Sunderland pada hari Tahun Baru dan diikuti perlawanan tempat sendiri dengan Liverpool dua hari kemudiannya iaitu pada hari Selasa 3 haribulan Januari.
United melayan Blackburn sebelum hari Tahun Baru sebelum berkelana ke Newcastle pada hari Rabu.
Sebagai tambahan, United mungkin mengatasi City di puncak liga ketika anak buah Mancini sedang berjuang di Stadium of Light.
Da untuk memburukkan keadaan lagi, lawan City seterusnya ialah Liverpool, di antara empat hari perlawanan mereka. City menentang Newcastle hari Jumaat nanti tapi tiada perlawanan pada Tahun Baru.
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment