PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SYDNEY FC 13 NOVEMBER 2011 | MALAYSIA VS CENTRAL COAST MARINERS FC 14 NOVEMBER 2011
Dua aksi kompetitif dalam tempoh dua hari menentang kelab Liga Australia (Liga-A), Sydney FC esok danCentral Coast Mariners FC Rabu ini memaksa jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menurunkan pasukan berbeza dalam aksi persahabatan di Sydney, Australia.
Menurut pengendali negara itu ketika dihubungi Arena Metro di Sydney semalam, perlawanan dengan kelab di tangga kedua Liga-A, Central Coast Mariners dipercepatkan sehari daripada tarikh asal akibat masalah jadual liga negara itu.
Tarikh perlawanan kedua menentang Central Coast Mariners sepatutnya diadakan pada 15 Disember 2011 namun terpaksa diubah pada 14 Disember 2011 atas permintaan kelab itu kerana jadual liga mereka yang padat.

Skuad Ong Kim Swee terpaksa menerima permintaan itu dan apa yang mereka perlu lakukan adalah melakukan persediaan terbaik dan memikirkan barisan pemain memandangkan tidak mempunyai rehat sehari.
Pada perlawanan pertama dengan Sydney FC Ong Kim Swee bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama manakala bagi aksi kedua pula beliau akan menurunkan pemain yang kurang diberi peluang sebelum ini.
Skuad Olimpik negara bertandang ke Sydney dalam rangka latihan dan persiapan menjelang pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London menentang Bahrain, Jepun dan Syria tahun depan.
Skuad Olimpik negara bertandang ke Sydney dalam rangka latihan dan persiapan menjelang pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London menentang Bahrain, Jepun dan Syria tahun depan.
Biarpun peluang Malaysia hampir tertutup selepas merekod kekalahan ketiga berturut-turut, namun Kim Swee mahu menggunakan baki tiga lagi perlawanan kelayakan itu untuk mencari keputusan baik sambil memberi pendedahan kepada pemain baru.
Di Sydney, Kim Swee membawa 23 pemain termasuk tiga pemain baru, Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan.
Sumber rujukan : ammboi.com
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment