Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.
"Bermula 1 Dis 2006 hingga 31 Okt lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.
"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD," katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion.
"Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah," katanya.
Hou berkata PTPTN juga telah meluluskan pengecualian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta. -- BERNAMA
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment