gambar hiasan semata-mata : google |
Pasukan keselamatan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore menahan suspek sebelum dia berlepas ke Dubai bersama isteri dan dua anaknya.
Dadah bernilai hampir RM5 juta itu disembunyikan dalam bagasinya, tetapi suspek berkata, dia tidak tahu-menahu tentang dadah itu, menurut Pasukan Anti Narkotik Pakistan (ANF), yang mengambil alih siasatan.
"Disahkan bahawa dadah itu untuk dibawa ke Malaysia tetapi kami tidak tahu kenapa dia melakukan perjalanan ke Dubai terlebih dahulu.
"Sungguhpun dia bersama keluarganya, hanya lelaki itu sahaja yang terbabit dalam kes menyeludup dadah,” kata jurucakap ANF yang berpejabat di Lahore, kepada Bernama menerusi telefon hari ini.
Penyiasat mengesyaki dia mungkin digunakan oleh pengedar dadah antarabangsa sebagai ”keldai” untuk menyalurkan barangan itu ke pasaran asing. – BernamaTweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment