Tuesday, 6 December 2011

Penganggur dipenjara sehari gara-gara curi coklat

gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri beberapa keping coklat, dua remaja berusia 18 tahun masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan kedua-dua remaja itu menjalani hukuman penjara hari ini atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Kedua-dua mereka yang menganggur kemudian membayar denda berkenaan.

Remaja pertama, Shaiful Azhan Shaiful Azmi, mengaku bersalah atas dakwaan mencuri dua keping coklat bernilai RM7.80, jenama KitKat dan Barnsberry di Pasaraya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 petang, Jumaat lepas.

Remaja kedua, Mohd Azlil Al Jefri pula mengaku bersalah mencuri coklat serta pelbagai barangan keperluan lain dengan nilai berjumlah RM52.40 di pasaraya yang sama, pada hari dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mencuri dua keping coklat KitKat, sebotol syampu jenama Head and Shoulders, dua botol syampu jenama Pantene dan sebotol syampu jenama Follow Me dari tempat simpanan barang di pasaraya itu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehari dan denda RM500 dan jika gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara sebulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya, ASP Zulkifli Osman. - Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment