Kos penghantaran kesemua produk itu menelan perbelanjaan sebanyak RM300,000 dan ia ditanggung oleh pengilang dan pembekal produk KR1M.
Antara barang tersebut ialah susu segar, susu sejat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam dalam tin, kordial mangga dan mentega kacang manis.
KR1M dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, jika hasil ujian makmal mendapati ada produk tidak memenuhi spesifikasi, langkah mengatasi masalah serta pencegahan akan dilaksanakan segera.
Tambahnya, walaupun produk di premis KR1M adalah murah, barangan yang dihasilkan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan itu tetap berkualiti.
“KR1M akan terus berjuang dalam industri peruncitan untuk bersaing menjadi peniaga yang jujur, kental serta mampu bersaing dengan syarikat negara asing yang lain agar mencapai status negara maju,” ujar kenyataan itu lagi.
Kelmarin Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hasil pemantauan mereka mendapati sebanyak 13 produk KR1M tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil terhadap produk berkenaan.
selanjutnya di akhbar kosmo hari ini...
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment