Media tempatan negara itu dalam laporannya, berkata kebanyakan kawasan berkenaan banjir selepas air sungai melimpah dan memaksa sebilangan penduduk berpindah ke pusat pemindahan dan menumpang di rumah saudara di kawasan yang lebih tinggi.
Jalan utama yang terjejas akibat banjir semalam meliputi jalan raya Pantai Utara Kraton di Pasuruan, Jawa Timur.
Ia turut menyebabkan lalu lintas di sekitarnya lumpuh pada Ahad hingga awal pagi semalam.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengalihkan lalu lintas ke jalan Pandaan-Purwosari-Pasuruan.
Sebanyak 2,515 rumah di tiga daerah Jawa Timur iaitu Bangil, Pohjentrek dan Kraton turut dinaiki air sedalam 0.75 meter.
Di Pontianak, Kalimantan Barat, air Sungai Kapuas yang melimpah menyebabkan jalan utama di ibu negeri itu serta beberapa kawasan penempatan dinaiki air sehingga 0.5 meter dan memaksa sebilangan penduduk dipindahkan.
Sementara itu, ratusan kediaman di empat kampung di daerah Cirebon, Jawa Barat, turut dinaiki air hingga 0.5 meter hingga menyebabkan penghuni dipindahkan ke khemah yang disediakan sebagai pusat pemindahan banjir.
Di daerah Bandung, Jawa Barat pula, 620 rumah di beberapa kawasan dinaiki air lebih 0.5 meter selepas air Sungai Citarum melimpah dan 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Di daerah Kampar, Riau, Sumatera, banjir kilat semalam mengakibatkan air Sungai Sebayang melimpah dan sekurang-kurangnya 500 rumah dinaiki air sehingga satu meter.
Kawasan yang terjejas termasuk empat kampung iaitu Domo, Padang Sawa, Teluk Paman Timur dan Kuntu dan kebanyakan penduduknya sudah dipindahkan.
Riau, yang terletak di bahagian Timur Sumatera Barat mengalami hujan lebat sejak seminggu lalu.
Sabtu lalu, Pekanbaru iaitu ibu negeri Riau dinaiki air melebihi 0.5 meter. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
ada jgk tmpt nama pontianak...menakutkan...
ReplyDelete