Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terbabit di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.
Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.
Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis ini.
Angin kencang Timur Laut selaju 60 kilometer sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.
Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment