Thursday 24 November 2011

Tips Penulisan: Baca dan Olah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. ramai yang masih belum dapat mencari identiti dalam menulis sesuatu blog. sesetengah mereka kerap menulis aktiviti harian mereka dan sesetengah mereka suka copy & paste sahaja. sebenarnya untuk menulis blog tidak perlu idea yang banyak..

Apa yang diperlukan adalah baca sesuatu artikel dan olah. maksudnya ialah jika anda terbaca berita, sesuatu post yang menarik atupun sesuatu info, anda tidak perlu copy & paste 100%. apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengolah balik cerita atau artikel tersebut.

jika anda masih tidak faham lagi, biar adam ceritakan lebih terperinci. maksud baca dan olah ialah anda baca dahulu cerita/ artikel tersebut. kemudianya anda tulis balik point2 artikel itu kepada penulisan dan ayat anda sendiri.

jika anda susah untuk berfikir ataupun tidak mempunyai idea, ubah sedikit2 pun jadilah. jangan lupa kredit pada post yang asal.

2 Comments: