Wednesday, 26 January 2011

Tip; 3 in 1 : baik punya


wah. sekejap je masa berlalu kan . dah 10 hari aku kerja . rasa macam baru semalam je..ceh.. buat ayat sempoi plak kan . hmm,,, dah lama tak kongsi benda menarik . so memandangkan ak dapat guna laptop so aku tulis la tips yang baru . ok . Entry kali ini special sikit . aku akan kongsikan 3 tip yang menarik taw . usha lah dulu dan jangan lupa komen . huhu
Ok tip yang pertama ialah ;
Tip: hilangkan bau kaki
Korang ada masalah kaki berbau tak? Dah kerap bersabun tetapi masih berbau? Haha . aku ada penyelesaianya . nak tahu? Meh seringgit . huhu . just joke . ok follow step mudah ni ok .

Ok .1st rendamkan 4 atau 5 uncang the kedalam 1 liter air mendidih . rendamkan selama 8 hingga 10 minit  dalam sebuah besen kecil . biarkan air itu suam-suam sikit lepas tu korang rendamkan kaki korang yang tidak berapa sihat itu ke dalam besen tadi selam 30 minit . then , lepas 30 minit , lapkan kaki korang dengan tuala hingga kering . pastikan korang lakukan tip ini 2 / 3 kali seminggu . insya-Allah mesti hilang punya bau kaki tu . 
Tip yang kedua ialah;
cara untuk merawat kulit kering dan bersisik
Masalah kulit kering ni selalunya jadi kat budak2 la. Orang dewasa aku tak tahu lah . so , aku ada cara yang efektif untuk korang yang ada masalah kulit kering atau bersisik ini . caranye senang je .
Ok , 1st sediakan hampas kelapa dulu . gunakan hampas kelapa untuk merawat kulit yang kering & bersisik . lulurkan di badan dan sapukan padda bahagian  yang kering & bersisik,serta di tempat yang berparut dan seluruh badan . kemudian bilas dan tunggu hasilnya . insya-allah berkesan .
Seterusnya ialah
Tip : hilangkan kesan campak
Masalah demam campak ini memang semua orang akan kena . ada pendapat yang mengatakan bahawa setiap orang akan kena sekali seumur hidup . aku dah kena dah masa darjah 5 . huhu . habis gatal satu badan taw . bila kita garu pasti akan tinggal kesan parut . so aku ada cara nak hilangkan kesan campak yang merosakkan imej korang ini .
1st beli sotong dulu coz nak guna kulit dia . kalau sotong tak da macam mana nak ikut tips ini . kalau tak da sotong pergi pasar beli kulit dia je . haha . ambil kulit sotong dan jemur sehingga kering . bukan nak buat sotong kering k . kemudian bersihkan sotong yang di jemur tadi , tumbuk hingga halus dan di anyak . kemudian pakai debu kulit sotong tadi sebagai bedak lalu di tekan sehingga sembuh . jimat pun jimat tak payah bli bedak kan . amalkan selalu sehingga hilang parut tu .
So, itu sahaja lah tips yang boleh aku kongsikan . sebarang masalah bolehlah bertanyakan pada aku k.

1 Comments: