Monday 5 May 2014

Gadis Maut Ditembak Berebut Kekasih

Dalam satu insiden menakutkan di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan 14 tahun menembak mati remaja perempuan sebaya akibat pergaduhan bermula daripada Facebook untuk merebut seorang remaja lelaki.


Pertikaian antara dua remaja perempuan dalam Facebook itu adalah berkaitan seorang remaja lelaki. Ia berakhir apabila seorang daripada mereka menembak pesaingnya di tempat letak kereta di selatan Chicago, menurut polis.



Endia Martin ditembak mati ketika pergaduhan yang berlaku selepas waktu sekolah di luar rumahnya, menurut Chicago Tribune.

Seorang pelajar yang didakwa dalam kes pembunuhan Endia hadir di mahkamah juvana kelmarin.

“Saya akan mengenakan seseorang,”menurut kiriman Twitter remaja wanita yang didakwa sebelum pertembungan yang mengorbankan mangsa pada Isnin lalu.

Pesanan dari admin, belajar dahulu sebelum bercinta. cinta zaman sekolah tidak semuanya kekal. Anda akan jumpa banyak orang lagi pada masa akan datang

0 Comments

Post a Comment