Wednesday 30 April 2014

Alyah akan Umumkan Status Hubunganya dengan Datu Ramli MS


Teka-teki mengenai hubungan penyanyi Alyah dengan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS bakal terjawab apabila pelantun lagu ‘Kisah Hati’ itu dikhabarkan akan membuat satu pengumuman mengenai status hubungan mereka sebelum hujung tahun ini.
Menerusi akhbar Bipop baru-baru ini, Alyah memberitahu dia akan merungkaikan segala perkara mengenai isu tersebut kerana tidak mahu perkara yang sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu itu terus diperkatakan umum.

“Jangan salah faham, Alyah bukan mahu membuat satu pengumuman. Maksud Alyah, sekiranya waktu itu sampai, Alyah akan menjelaskannya kepada semua. Hampir empat tahun orang bertanya mengenai isu yang sama sehingga ayat yang keluar menjadi kontroversi. Sebab itu Alyah akan merungkaikan perkara tersebut jika sampai waktunya. Bila masanya, itu Alyah tak boleh nak jamin, tapi insyaAllah dalam waktu yang terdekat,” tutur Alyah ketika ditemui pada majlis pengumuman Alyah sebagai duta Butik Aalia Tudung dan Selendang di gedung Euro Moda Gulati’s , Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Selasa.

Alyah ketika ditemui turut menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk melarikan diri atau mengelak apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan pemuzik itu. Namun, dia memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri selain perlu menjaga hati semua pihak.

Namun, jika dipandang dari sudut saya seorang wanita, sudah tentu saya malu dan sebab itulah saya memang tak mahu bercakap lebih mengenai hal ini. Lagipun, cerita yang ditulis kebanyakannya bertanya kepada saya saja dan bukan dari pihak sana. Saya juga kena jaga hati keluarga saya dan sebab itulah apabila waktu itu sampai, saya akan cakap. Saya harap hujung tahun ini akan memberi sesuatu yang baik selepas empat tahun saya menyimpan perkara ini,” ujar Alyah lagi. - gua.com.my


0 Comments

Post a Comment