Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita itu menemui mayat terbabit di tepi jalan kira-kira jam 5.30 pagi.
Katanya identiti mayat itu belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemui.
Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kesan cedera di kepala mayat itu dipercayai akibat dipukul.
Fadzil berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Bernama
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment