Wednesday 14 December 2011

Takut diisytiharkan Muflis | Fizo Omar dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

salah satu babak lakonan fizo bersama sam dalam filem kongsi
Takut diisytiharkan Muflis | Fizo Omar | KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.

Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.

"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.


selanjutnya pada akhbar kosmo hari ini..
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment