Suami isteri mengaku tak salah paksa wanita melacur |SEREMBAN - Sepasang suami isteri dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan memukul dan memaksa seorang wanita supaya melacurkan diri di sebuah hotel di sini, bulan lalu.
Tertuduh, M. Ramesh, 27, dan isterinya, R. Umadevi, 28; serta S. Alagernthiren, 24; masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nursinah Adzmi dan meminta dibicarakan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama memukul mangsa yang berusia 19 tahun menggunakan kerusi dan mengugut akan membunuhnya jika enggan melacur di Hotel Famous di sini, kira-kira jam 11 pagi pada 22 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum mengikut peruntukan sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Friday, 16 December 2011
Suami isteri mengaku tak salah paksa wanita melacur
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
Popular This Week
- bakal melansungkan perkahwinan : diganggu peminat apek
- 5 Legasi keluarga seleberiti turun temurun
- [Artikel] Facebook Jeles dengan Google+?
- Kesan buruk URL pendek?
- 16 Gambar Iklan Lama Produk Berat Badan
- Gambar Sticker Dinding Islamik Yang Menarik
- [Artikel] Sejauh mana kesetiaan follower kita
- Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup
- Kontinjen paralimpik negara cipta kejayaan tersendiri
- Menu Istimewa Terbaru KFC Sempena Piala Dunia
0 Comments
Post a Comment