Tuesday, 6 December 2011

Permohonan dibuka untuk Skim Persaraan Swasta


gambar hiasan ja ni
KUALA LUMPUR - Firma yang layak kini boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi penyedia Skim Persaraan Swasta (SPS) kepada Suruhanjaya Sekuriti menjelang 15 Februari tahun depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, penyedia yang memiliki kelayakan yang bersesuaian di samping pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan dana pencen atau pengurusan dana runcit akan menawarkan skim SPS dengan memperkenalkan pelbagai dana persaraan khususnya yang sesuai dengan profil risiko serta pelaburan yang berbeza-beza.
Pemohon akan dinilai berdasarkan kedudukan kewangan dan keupayaan pengurusan, termasuk memenuhi syarat modal yang berkaitan, kawalan dalaman dan amalan pengurusan risiko.
"Faktor kualititatif seperti struktur tadbir urus, reputasi dan kedudukan profesional serta rekod pencapaian dan komitmen untuk mengembangkan industri SPS juga akan diambil kira," jelasnya.
Tambah SC, garis panduan berhubung SPS akan dikeluarkan bagi tujuan berkenaan.
SPS diwujudkan dengan tujuan menambah dan melengkapkan skim-skim mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ada sekarang.
Langkah-langkah untuk menggalakkan penyertaan dalam SPS telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2012 baru-baru ini yang mana pengecualian cukai persendirian akan diberikan sehingga RM3,000 kepada caruman oleh individu kepada SPS.- kosmo

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment