Tuesday 13 December 2011

Penyamun parah dibelasah, cubaan samun gagal

Penyamun parah dibelasah, cubaan samun gagal | KUALA TERENGGANU – Jeritan seorang pemilik sebuah kedai emas di Pekan Batu Enam di sini, hari ini berjaya menyelamatkan kedainya daripada disamun oleh seorang lelaki.

Tindakannya itu bukan sahaja dapat menyelamatkan kembali barang yang disamun, malah perompak berkenaan turut ditangkap dan dipukul oleh orang ramai yang menyedari kejadian itu.

Pemilik kedai berkenaan Syarifah Ayub, 32, berkata, semasa kejadian dia bersama seorang lagi pekerja berada di dalam kedai sebelum didatangi seorang lelaki yang berusia 30-an ingin membeli barangan kemas, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Katanya, lelaki itu menunjukkan rantai emas yang ingin dibelinya dan pekerjanya mengeluarkan barangan tersebut daripada ruang pameran.

Bagaimanapun apabila rantai yang berharga RM6,000 dikeluarkan lelaki terbabit terus melarikan diri bersama rantai dan masuk ke dalam kereta yang diletakkan tidak jauh dari kedai itu, tetapi cubaannya menghidupkan enjin kereta itu gagal.

"Selepas gagal menghidupkan enjin kereta, dia kemudiannya mencampakkan rantai emas itu sebelum melarikan diri ke arah pasar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Perompak berkenaan berjaya ditahan oleh orang ramai selepas berlari sejauh kira-kira 500 meter.

Akibat kejadian itu, suspek yang berasal dari Kelantan itu dilaporkan cedera parah di bahagian kepala dan badan. – Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment