Friday 16 December 2011

Pendandan rambut dituduh bunuh ibu DJ

Pendandan rambut dituduh bunuh ibu DJ | KUALA LUMPUR - Seorang pendandan rambut hari ini didakwa di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan membunuh ibu penyampai radio berbahasa Cina MyFM, di sebuah rumah di Taman Sri Segambut, di sini.

Lim Kang Wee, 29, dituduh membunuh Lai Kam Lian, 62, di sebuah rumah No. 3/194B, Jalan Udang Kertas, Taman Segambut, Sentul, 9.45 malam, 1 Disember lepas.

Bagi kesalahan itu, dia yang diwakili peguam bela Stanley C. Augustin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam untuk menghantar anak guamnya itu ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, bagi menjalani pemeriksaan mental memandangkan tertuduh mempunyai rekod sakit mental. - BERNAMA


Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment