Tuesday 13 December 2011

Lelaki cuba jual panda yang diawet ditangkap

gambar hiasan | google
Lelaki cuba jual panda yang diawet ditangkap | TOKYO: Polis menahan seorang lelaki yang dituduh cuba menjual seekor panda gergasi yang sudah diawet kepada pelancong China dengan harga tiga juta yen (RM124,000).

Pengusaha restoran di Tokyo, Shang Erqiang yang berasal dari China, ditangkap beberapa hari lalu.

Menurut laporan, haiwan itu memiliki “80 peratus ciri panda gergasi” kerana kepala dan telinganya kelihatan seperti milik haiwan lain, mungkin satu lagi jenis beruang.

Rakaman televisyen menunjukkan haiwan yang sudah diawet itu dipamerkan dalam sangkar kaca yang dihiasi buluh.

Undang-undang Jepun melindungi perdagangan haiwan yang semakin pupus dan mengenakan hukuman denda serta penjara terhadap pesalah.

Panda amat dihormati di China dan Beijing sering menggunakan beruang itu sebagai hadiah diplomatik kepada negara luar.

Hanya 1,600 haiwan berkenaan masih hidup di kawasan hutan di China sementara kira-kira 300 lagi dikurung. - AP

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment