Wednesday 14 December 2011

Lelaki cemburu | Toyota Camry jadi sasaran

ALEX menunjukkan cermin belakang kereta Toyota Camry yang diletakkan di depan rumahnya di Taman Berjaya, Kulim dipecahkan kelmarin
Lelaki cemburu | Toyota Camry jadi sasaran  | KULIM - Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal sejauh 30 kilometer mencari bekas teman wanitanya yang dikatakan bertemu dengan kekasih baharunya sebelum bertindak memecahkan cermin kereta milik wanita itu di Taman Berjaya di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam, lelaki berusia 20-an dari Kepala Batas, Seberang Perai Utara itu bertindak memecahkan cermin belakang, tingkap pintu belakang dan pintu hadapan kanan kereta tersebut.

Menurut beliau, suspek yang dalam keadaan marah turut merosakkan bahagian badan dan bonet hadapan kereta Toyota Camry milik bekas teman wanitanya itu yang diletakkan di tepi jalan pintu pagar di rumah kekasih baharunya.

"Polis telah mengenal pasti lelaki tersebut dan akan bertindak menahannya dengan segera," kata Ghuzlan kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini semalam.

Sementara itu, pemilik rumah yang juga bapa kepada teman lelaki baharu wanita itu, Alex Lim Ah Lek, 52, berkata, ketika kejadian dia dan isterinya yang tinggal di rumah tersebut sudah tidur sebelum terdengar bunyi kuat kesan ketukan benda keras di depan rumah.

"Apabila saya melihat melalui tingkap rumah, saya dapati ada seseorang yang sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik pada kereta di tepi jalan hadapan rumah saya itu lalu saya menelefon Pertubuhan Prihatin Kepartian Masyarakat (PPKM) Kulim untuk mendapatkan bantuan daripada mereka," ceritanya lagi

selanjutnya pada akhbar kosmo hari ini..
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment