Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad Datuk Noorizah Hamid berkata ekoran daripada jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS semakin bertambah, sebanyak 1,379 kemalangan telah dicatat melibatkan motosikal pada tahun lalu.
"Daripada jumlah tersebut sebanyak 39 peratus kes kematian yang berlaku di Lebuh raya PLUS melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Sehingga November lalu pihaknya telah merekodkan sebanyak 130 kes kematian dan 1,350 kes kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan (GEMPAK) di sini hari ini.
"Walaupun begitu jumlah kadar kemalangan dan kematian yang berlaku di semua rangkaian lebuh raya PLUS adalah jauh lebih kecil berbanding daripada statistik kematian yang berlaku di jalan negeri dan jalan bandar," katanya.
Program GEMPAK yang berobjektif memberi peluang kepada peserta mempelajari panduan menunggang motosikal secara selamat terutamanya di lebuh raya telah dijalankan sebanyak tiga sesi bermula Oktober lalu dengan sesi terakhir pada 26 Disember ini. - Bernama
sumber : metro
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
KAYA LA KONSESI L/RAYA TU
ReplyDelete