Tuesday 13 December 2011

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 | Australia , Juara bertahan menarik diri

Australia merupakan juara bertahan
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 | Australia , Juara bertahan menarik diri | Juara bertahan Australia dan New Zealand telah menolak jemputan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadualkan berlangsung pada 2-12 Februari 2012 di Ipoh.


Kedua-dua pasukan, yang pernah bermain dalam dua Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi sebelum ini, pada awalnya menyatakan bahawa mereka akan mengambil bahagian.Namun kedua dua pasukan ini telah pun membatalkan penyertaan mereka kerana mempunyai komitmen lain pada bulan Februari. 


Australia akan menganjurkan kejohanan 4 negara yang berlangsung dalam tempoh yang sama dengan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dan New Zealand adalah salah satu pasukan yang turut terlibat dalam kejohanan yang dianjurkan Australia itu.


Oleh itu, barisan pasukan yang menyertai Piala Sultan Azlan Shah dijangka akan berubah secara drastik dari tahun-tahun sebelumnya. Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), perlu mendapatkan tarikh, dan pengesahan daripada Sepanyol, Afrika Selatan dan Pakistan.Sepanyol, menduduki ranking kelima dunia, telah muncul naib juara dalam Piala Juara-Juara yang berakhir di Auckland semalam, setelah tewas 0-1 kepada Australia pada perlawanan akhir.


Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia, Maninderjit Singh mengesahkan bahawa Australia dan New Zealand tidak akan datang.Kami ada hanya empat pasukan, termasuk Malaysia, yang disahkan setakat ini,katanya. PHM telah menghantar jemputan lain dan sedang menunggu jawapan balas dari negara-negara tersebut. 


Pihak penganjur merancang untuk mempunyai tujuh pasukan dalam kejohanan ini. PHM juga telah mempelawa Belgium tetapi mereka juga menolak. Ini adalah kerana Belgium telah menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik London.


Pasukan India tidak dapat datang kerana mereka mempunyai kelayakan Olimpik di New Delhi pada masa yang sama. Manakala Kanada, yang telah bermain dalam kejohanan sebelum ini, tidak dijemput kerana mereka akan bermain di New Delhi. 


Jerman telah menolak lebih awal manakala tiada sebarang jawapan dari Belanda.Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah adalah satu tugasan yang penting bagi Malaysia kerana ia adalah kejohanan terakhir sebelum pusingan kelayakan Olimpik di Dublin pada bulan Mac nanti.


Korea Selatan, satu lagi tetap dalam Piala Sultan Azlan Shah, ini tidak diundang kerana mereka adalah pesaing utama Malaysia di Dublin.kemungkinan pasukan-pasukan elit tidak menyertai kejohanan pada tahun hadapan .


Sumber : Portalsukan

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here


0 Comments

Post a Comment