Tuesday, 13 December 2011

Kebakaran di HQ SUPP: Forensik, bomba buat siasatan

Kebakaran di HQ SUPP: Forensik, bomba buat siasatan | KUCHING 13 Dis. – Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melakukan siasatan terperinci kejadian kebakaran di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Jalan Central awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menunggu laporan lanjut berhubung kejadian tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan sama ada berlaku unsur khianat ataupun sebaliknya.

"Setakat ini kita masih lagi menunggu laporan daripada forensik serta bomba dan pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata, polis juga belum menerima sebarang aduan ataupun laporan daripada anggota parti tersebut selain menerima laporan biasa anggota unit peronda (MPV) polis yang memaklumkan kebakaran berlaku di premis tersebut kira-kira jam 3.50 pagi tadi.

Dalam kejadian itu bahagian tingkat bawah ibu pejabat SUPP yang menempatkan bilik mesyuarat telah terbakar menyebabkan sedikit kerosakan, manakala bahagian lain bangunan tidak terjejas termasuk tingkat atas yang menempatkan dewan persidangan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan kekuatan 13 anggota bersama dua jentara bomba dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5 pagi tadi. – Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..

kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment