Pengacara Jimmy Shanley mendakwa tindakan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang mungkir janji untuk berubah antara alasan dia memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Dia berkata, Nursuhaila pernah berjanji menjadi isteri solehah dan meninggalkan perangai buruk termasuk suka berjudi apabila mendirikan rumah tangga dengannya.
Bagaimanapun katanya, isterinya tidak mengotakan janji itu, sebaliknya tidak melaksanakan tanggungjawab untuk melayan suami dan ingkar apabila disuruh tinggal bersama-samanya selepas berkahwin.
Jimmy berkata, demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes kedua-dua permohonannya, semalam.
Jimmy seterusnya mendakwa, Nursuhaila menghilangkan diri bersama bekas kakak ipar dan teman baik untuk berjudi pada malam sambutan hari lahir bapa mentuanya itu pada 11 Oktober tahun lalu.
“Apabila dia balik, saya tanya dia, ‘berjudi lagi?’. Dia dengan besar hati mengaku.
“Saya tanya kenapa berjudi lagi. Dia jawab mahu hilangkan tekanan,” katanya.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah ini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.
Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya dilaporkan tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Hasil perkahwinan singkat itu, Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, melahirkan bayi perempuan Zahra Rania yang kini berusia dua bulan.
Terdahulu, pengacara itu berkata, Nursuhaila mula ingkar perintahnya untuk tinggal bersama-sama di rumahnya sehari lepas mereka diijabkabulkan pada 2 Oktober 2010.
Dia berkata, ia menyebabkan mereka berkelahi sehingga ibu mentua terpaksa campur tangan dan meminta dia tidur bersama-sama di bilik Nursuhaila bagi menjaga air muka di depan saudara-mara.
Perbicaraan di hadapan Hakim Saharuddin Selamat bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Friday, 16 December 2011
Jimmy Shanley mendakwa tindakan isterinya masih tidak berubah
Share this
Related Articles :
Remy Ishak Berharap Peminat Jangan Fikir Negatif Tentang Pesta SongkranBaru baru ini di laman sosial Instagram pelakon hero Malaya, Remy Ishak telah dihujani beberapa komen negatif selepas dia memuat naik ...
Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bernikah 26 April 2014Laporan menyebut yang Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar pad ...
Gambar Natasha Hudson, Duta Aura White BaharuMungkin ada yang tidak tahu tentang berita Hanez Suraya yang mengundurkan diri dari menjadi duta Aura White. Terkini pihak Aura White ...
Gambar Tasha Shila & Kekasih bertatoonyaSelepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatia ...
Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 kepada anaknya Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 kepada anaknya | Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Beruntung anak rozita ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
Popular This Week
- [Artikel] Facebook Jeles dengan Google+?
- 5 Legasi keluarga seleberiti turun temurun
- bakal melansungkan perkahwinan : diganggu peminat apek
- Kesan buruk URL pendek?
- Wow!! Baclink percuma ke?
- [Santai] Bila Monyet memerlukan kasih sayang
- Gambar Anak Sulung Ustaz Don Daniyal
- video to mp3 - download lagu secara online
- Dapat domain baru & free
- Korea Utara uji peluru berpandu
0 Comments
Post a Comment