Thursday 1 December 2011

Doktor Raja Pop dipenjara 4 tahun

LOS ANGELES 30 Nov. - Doktor peribadi Raja Pop Michael Jackson, Dr. Conrad Murray semalam dihukum penjara empat tahun tanpa tempoh pengawasan setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Raja Pop tanpa niat.

Murray, 58, yang memakai baju sut berwarna kelabu tidak memberikan sebarang reaksi apabila hukuman itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Michael Pastor.

Pastor berkata, doktor peribadi itu terlibat dalam 'kegilaan' perubatan demi wang dan perkara itu tidak boleh diterimanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Daerah, David Walgren meminta mahkamah tidak meringankan hukuman.

Beliau berkata, doktor itu cuai sejak mula merawat Jackson dan selepas menemui mayat Raja Pop itu pada 25 Jun 2009 kerana tidak menghubungi segera paramedik, menyembunyikan penggunaan sejenis ubat anestetik dikenali sebagai propofol dan menipu doktor wad kecemasan mengenai penggunaan ubat itu.

Peguam bela Murray, Ed Chernoff pula meminta hukuman anak guamnya diringankan disebabkan ia adalah kes jenayah pertama dan dia mempunyai rekod menyediakan rawatan berkualiti kepada pesakitnya.

Di luar mahkamah, ibu Jackson, Katherine berkata, hukuman yang dikenakan adalah adil.

''Hukuman penjara empat tahun tidak cukup untuk nyawa seseorang. Ia tidak akan menghidupkan semula anak saya tetapi sekurang-kurangnya dia (Murray) dikenakan hukuman maksimum,'' katanya.

Pakar dan pegawai berkata, walaupun Murray dikenakan hukuman penjara empat tahun, dia mungkin dibebaskan awal ekoran jenayahnya yang tidak disifatkan ganas selain penjara California mengalami kesesakan banduan. - Reuters



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment