kondominium mewah tempat pak arab menjalankan operasinya |
Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata.
Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut.
Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu.
Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan.
Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari. - kosmo
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment