tujuan post ini di tulis bukanlah untuk mempertikaikan sesuatu tetapi sekadar berkongsi pendapat. hari ini 6 julai 2011, sudah 9 hari adam berada di kolej. memang adam akui banyak benda yang adam belajar. bila kita berkumpul di sesuatu tempat di mana semua orang datang dari pelbagai tempat,kita akan belajar & dapat lihat pelbagai karenah orang. masing2 dengan perangai tersendiri.
credit to google |
ok, kita mulakan dengan keburukkan dahulu la k. sebenarnya tempat study kat sini
memang best. kemudahan dia tiada yang kurang. cuma yang membebankan adam adalah bila berada di luar kolej. maksud adam, dari segi keewangan. memang normal bila kita study banyak pakai duit. tetapi bagi adam, mungkin adam tak biasa. setiap hari memang banyak pakai duit. nak pergi kolej memang sah-sah kena naik teksi sebab, bas datang 7.30 pagi dan kelas adam semua kol 1030 ke atas. teksi kena bayar pergi dan balik.
makan pun kena sendiri. adam tempat yang murah, ada tempat yang mahal. ramai yang beranggapan bila masuk kolej kita boleh enjoy, lepak sana, lepak sini. tetapi sebenarnya tidak. kita kena pandai uruskan diri dan keewangan kita. di sinilah tempat kita akan belajar untuk menjaga diri sendiri tanpa bergantung kepada keluarga.
credit to google |
seterusnya, kita pergi kepada kebaikkan kita. semua orang tahu kan bila kita dah datang tempat baru, pasti kita akan belajar sesuatukan. contohnya, sikap bertanggungjawab, hormat menghormati dan setiap orang saling memerlukan. kita tak boleh buat hal kita sendiri. jika kita sikap jenis menyombong memang kita tak kan rasa nseronok untuk tinggal di asrama.
macam adam, baru 2 hari kat sini, dah terpaksa memikul tanggung jawab sebagai ketua dorm. memang bagi adam sedikit letih, tetapi bila kita di beri kepercayaan, kita patu hargainya. kat sini juga, adam belajar cara uruskan diri sendiri. cara untuk berjimat cermat dan sikap bertanggung jawab..
so, walau susah macam mana pun, walau tak suka macam mana pun, kita kena ingat yang tujuan kita datang adalah untuk menimba ilmu dan menjadi orang yang berguna kelak. kita patutu bersyukur kerana Zaman kita sekarang semua kemudahan di sediakan walaupun tak lengkap. jika kita study zaman dahulu, hanya ibu bapa kita sahaja yang tahu....
Post License @ adamfikri.co.cc. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
betul tuh .. jadi guna peluang belajar sebaik-baiknya .
ReplyDelete