Saturday 26 April 2014

Apa yang anda perlu lakukan bila bergaduh dengan pasangan anda?

Artikel ini adalah olahan dari artikel lama yang di postkan pada 12/12/2010 dahulu.

Setiap pasangan yang bahagia or yang cintanya dilindungi tembok berapi pun pasti akan kecundang juga . so , tipu sangatlah kalau kita bercinta tetapi tak pernah ada salah faham & bergaduh . banyak faktor yang menyebabkan kita bergaduh seperti CEMBURU , BOSAN dengan pasangan , pasangan yang CEREWET sangat , pasangan kita terlampau EGO , or pasangan kita yang GEDIK terlampau .


so ,ada cara yang anda boleh lakukan apabila anda bergaduh , maksud admin cara untuk hindarkan or bagi anda berbaik semula . Tips yang admin bagi ini adalah berdasarkan kajian & pengalaman admin. 




Berbincang atau berjumpa

Pekara ini atau tips inilah sebenarnya yang paling mujarab pada admin bila bergaduh dengan kekasih dahulu . Nak tahu kenapa? Bila kita bergaduh dalam telefon , kita mesti akan mengata macam-macam , marah sana sini , cakap nak putus la , nak cari baru lah . tapi esok tu bila kita jumpa dengan pasangan kita , mesti kita jadi lain . 

Contoh macam admin . bila kami gaduh , kami cakap yang tak nak jumpa langsung , tak nak contact sampai bila2 . tapi bila jumapa perasaan rindu pula mengatasi marah tu . so , kalau anda ada masalah eloklah selesaikan dengan cara berjumpa . admin jamin mesti masalah anda selesai . kalau tak juga selesai salah sorang kenalah mengalah.

Mohon Maaf

Biasakan diri kalian untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain . apabila kita melakukan kesilapan sama ada secara nyata atau maya , anda kenalah ingat yang anda itu sudah berpunya . jangan lah mainkan hati perempuan/lelaki k. kalau dah kantoi , mulalah bergaduh tak ingat dunia . so kalau dah tahu buat salah minta maaf cepat . kalau nak lebih berkesan anda jangan lah minta maaf dengan muka serius , anda kena buat la lawak2 sikit bagi hati pasangan anda terhibur . komfom dia maafkan .

Memperbaiki kesilapan

Tidak semua manusia sempurna . walaupun seseorang itu berpangkat besar , kaya , atau beriman tidak semestinya dia akan terlepas daripada melakukan kesilapan . setiap keslipan yang kita lakukan bukan bereti kita seorang yang gagal selamanya . kita masih lagi boleh memperbaiki kesilapan kita . apa yang perlu ialah belajar daripada kesilapan . so , bila anda dah lakukan kesilapan , tanamkan dalam diri anda yang anda tidak akan melakukan pekara yang dibenci oleh si dia .

Buat keputusan menggunakan akal bukan hati

sesetengah pasangan yang menghadapi masalah mesti akan menyelesaikan masalah dengan cara express iaitu PUTUS atau CERAI . adakah anda nak hubungan anda porak peranda? mesti tak nak kan . so , kalau anda  tengah stress or gaduh jangan buat keputusan menggunakan hati . fikir masak2 dulu sebelum mengambil apa-apa keputusan . jangan ikutkan hati sangat coz kebanyakkan orang yang ikut hati ini selalunya di hasut syaitan (mungkinlah kot coz admin men buat cerita je ni) . so , use your otak . jangan buat keputusan bila hati anda tak tenang . take your time & buat keputusan dengan bijak . jangan was2 dengan keputusan anda coz bila naluri anda mengatakan sesuatu keputusan , itulah sebenarnya yang terbaik .

Berhenti contact (berhubung) untuk seketika

cara ini juga adalah cara alternatif sebenarnya yang anda boleh ambil . nak tahu kenapa? senag je . apabila anda ada misunderstanding , mesti anda akan benci or meluat nak tengok pasangan anda pada masa itu . so better kalau anda ambil keputusan untuk stop contact sama ada sehari or beberapa hari . maksud aku berhenti contact ini ialah anda jangan mesej , call , tegur or panggil dia . bia anda renggang seketika . tujuannya ialah untuk membuatkan anda rindu antara satu sama lain . bila dah rindu pasti maslah2 sebelum ini akan anda lupakan .

so , admin rasa sampai sini jela yang admin boleh bagi kot . sebenarnya ada lagi tips yang berguna . tapi admin akan sampaikan perlahan2 ok . semoga berjaya .

0 Comments

Post a Comment