Tuesday 8 April 2014

Semakan Saman Dan Pembayaran Secara Online

Dengan mendaftar kepada perkhidmatan percuma ini dari MyEG, anda akan di maklumkan melalui e-mail anda jika terdapat sebarang saman baru. Dengan ini, anda akan ada pilihan untuk layak diberi diskaun. Tambahan pula, jika anda menerima peringatan awal tentang saman, anda masih mampu ingat kembali siapa yang memandu kenderaan pada masa tersebut dan lebih berhati-hati di masa hadapan.


Dalam situasi yang anda benar-benar pasti (kerana anda menerima peringatan saman dengan cepat) bahawa anda tidak berada di lokasi yang dinyatakan dalam saman, anda mungkin boleh mengesahkannya dengan memohon dan membuat pembayaran bagi mendapatkan foto kesalahan trafik tersebut daripada pihak PDRM.


Untuk urusan yang lebih selamat admin galakkan agar anda buat pembayaran secara terus kepada pejabat yang berhampiran untuk mengelakkan daripada berlaku kesalahan maklumat atau kemungkinan maklumat itu tidak sampai.