Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa dikatakan berurusan dengan bomoh berkenaan sejak Januari lalu, kononnya untuk menambah sumber kewangan.
“Bomoh berkenaan menjalankan upacara di sebuah kuil di Bandar Sunggala dan sepanjang upacara berkenaan, suspek meminta wang pengeras dan lain-lain barang berharga.Menurutnya, mangsa merasa dirinya tertipu apabila semua upacara berkenaan tidak berhasil, lantas membuat laporan polis mengenai kelicikan bomoh tersebut.
“Anggaran pembayaran sebanyak RM25,000 dan ia dilakukan secara berperingkat," katanya.
“Suspek berusia 39 tahun itu ditahan polis kira-kira 12.50 tengah hari kelmarin, di rumahnya di Kampung Kuala Lukut dan direman mulai semalam untuk siasatan lanjut.Abd Wahab tidak menolak kemungkinan ada lagi individu lain menjadi suspek, namun tidak tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
“Polis memandang serius bermacam teknik jenayah penipuan masa kini yang mengakibatkan kerugian wang dan harta benda orang ramai," katanya. - sinarharian
0 Comments
Post a Comment