KUANTAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini terhadap pertuduhan membuat perakuan palsu dalam laporan pemeriksaan kenderaan, dua tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 108(1)(f) Akta JPJ 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Nik Nasimah Nik Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes. - Bernama / Sinarharian
Portal Rasmi JPJ
0 Comments
Post a Comment