Generasi kini pastinya semuanya mengetahui media sosial secara atas talian. Jika sekarang kita dapat lihat, budak 7 tahun pun dah ada facebook. zaman moden sekarang ini semakin pelik. yang muda lebih mengetahui pasal teknologi berbanding orang berusia sekarang.
Kesan negatif media sosial ini semamangnya banyak memberi impak yang negatif kepada generasi kini tetapi tetap tidak diendahkan. Tetapi alasan yang kerap diberikan apabila ditanya ialah mereka hanya sekadar ingin mencari kawan baharu di alam maya.
Mereka menganggap bahawa kawan alam maya lebih mesra & memahami. Admin tertanya-tanya juga apa punca atau apa keistimewaan mencari kawan secara atas talian ini.
- Boleh memilih sesiapa sahaja untuk berkawan - Seronoknya tentang kawan online ialah anda tiada terhad, sesiapa sahaja boleh jadi kawan online. Yang penting jika anda pergi ke sesuatu tempat, anda kisahkan telefon pintar atau komputer riba dan cari kawasan yang ada spot wifi agar anda boleh online. Betul atau tidak?
- Boleh bercakap dengan kawan online pada bila-bila masa sahaja - Ya, bila-bila masa anda boleh berborak, bersembang panjang dengan kawan online anda. Bila anda ada sesuatu untuk dikatakan, kawan online sentiasa ada.
- Anda tidak perlu berpakaian cantik - Itu yang malas bila berjumpa dengan kawan, kena bersiap. Tapi bila dengan kawan online, tidak perlu semua itu, pakai pijama atau baju tidur sahaja pun tidak jadi masalah. Muka bangun tidur sambil online pun tiada siapa yang marah.
- Boleh berkongsi dan bercerita tentang apa sahaja - Ya, ini sudah pasti. Ramai berpendapat dinding siber lebih berkesan daripada membuat pengakuan secara face to face. Anda bebas mengadu, mengaku, merengek, menagih simpati dan pelbagai lagi dengan sekumpulan kawan online yang tidak pernah bertemu anda atau tidak mengenali keluarga, sahabat handai, kenalan rapat. Malah, ia jauh lebih mudah daripada berjumpa dengan pakar terapi.
- Tiada siapa yang berkecil hati atau terasa hati - Contohnya, anda terlalu busy sehingga tiada masa untuk online. Anda terus memberitahu mereka tanpa ada rasa kecewa atau berkecil hati. Mudah sahaja!
- Boleh mengenali dan mempelajari sesuatu - Internet memudahkan hidup anda, apa sahaja ada di internet. Nak cari kawan juga boleh, malah terima kasih pada internet kerana anda boleh mempelajari sesuatu atau mengenali seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun anda tidak pernah berjumpa dengannya.
Admin harap agar anda bijak dalam memilih kawan. Janganlah buat sesuatu yang mampu merosakkan akidah dan mencemarkan maruah anda. Harus diingatkan kepada anda," Sekali ianya berada di internet, selamanya ia akan ada di sana"
sumber
0 Comments
Post a Comment