Mayat wanita yang tidak dikenali itu ditemui pada jam 5.58 petang waktu tempatan selepas satu lagi mayat wanita ditemui pada jam 4.15 petang.
Daripada 476 penumpang, 31 telah disahkan mati dan 271 masih hilang.
Difahamkan menurut laporan Reuters, feri terbabit membawa 325 pelajar menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada 8.58 pagi waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.
Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu. - Sinarharian
0 Comments
Post a Comment