Mohd Zulfahmee Abd Hamid, 25, dipercayai hilang bersama kereta Proton Saga berwarna putih milik bapanya pada pukul 4 petang Sabtu lalu.
Bapanya ketika itu dikatakan meninggalkan gerai tersebut untuk ke tandas.
Abangnya Mohd Faizal tidak menolak kemungkinan adiknya yang tidak memiliki lesen memandu telah memandu kereta tersebut untuk pulang ke Sungai Petani tetapi dikhuatiri telah sesat jalan.
konsert tahun baru bersama pop shuvit, Yuna dan banyak lagi - selanjutnya
ayuh kita menjelajah tempat menyelam terbaik di Malaysia
"Berdasarkan apa yang ayah saya cerita, pada pagi hari kejadian Zulfahmee ada bertanyakan ayah saya sama ada kereta itu boleh sampai (dipandu) hingga ke Sungai Petani.
"Namun ayah saya tidak mengesyaki apa-apa dengan pertanyaan itu,” katanya kepada Bernama di sini.
Mohd Faizal berkata bapanya telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Mohd Zulfahmee di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Katanya kali ini sudah dua kali adiknya hilang dengan kes pertama berlaku tiga bulan lalu apabila dia memandu berseorangan hingga ke Bukit Selambau dekat sini.
Beliau berkata adiknya perlu kerap mengambil ubat dan jika tidak berbuat demikian, dia akan hilang ingatan dan tidak boleh berfikir dengan waras.
Mohd Faizal berkata adiknya berkeadaan begitu dipercayai ekoran mengalami tekanan perasaan ketika sedang membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2003.

pandu uji volkswagen dan anda berpeluang memenangi IPAD 2!!
Mat tune - park it on youtube, watch it now!!
Beliau merayu kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang adiknya supaya menghubunginya di talian 012-5871677 atau bapanya Abd Hamid Lah di talian 019-3788081. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
siannya.. hilang pulak dah la ada masalah mental sikit. hope semua ok2 belaka
ReplyDelete