Monday, 12 December 2011

Mangsa banjir di Pahang kini meningkat lebih 800 orang

KUANTAN 12 Dis. – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 871 orang setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 425 orang membabitkan 105 keluarga, diikuti Rompin 422 orang daripada 99 keluarga dan Pekan 24 orang melibatkan sembilan keluarga.

"Sebanyak tujuh pusat pemindahan dibuka di Kuantan iaitu Dewan Orang Ramai (DOR) Indera Mahkota Jaya yang menempatkan seramai 20 orang, DOR Cenderawasih (59 orang), SMK Paya Besar (80 orang), DOR Seri Damai (32), SMK Gudang Rasau (20), SK Fakih Abu Samad (192) dan Pusat Bina Insan Jaya Gading (22).

"Di Rompin empat pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Perepat (40 orang), SK Kg Janglau (161), DOR Teluk Gading (203), Balai raya Kg Sepayang (18), manakala daerah Pekan satu pusat pemindaan dibuka di Balai raya Rumbia yang menempatkan seramai 24 orang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga meminta penduduk Pahang berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan dan paras sungai utama iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih di paras berjaga-jaga. – Bernama
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment