Tuesday, 6 December 2011

LIMA 2011: Ramalan keadaan cuaca baik pada keseluruhan

LANGKAWI: Keadaan cuaca sepanjang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) yang bermula hari ini secara keseluruhannya dijangka baik walaupun hujan sekali-sekala.
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata keadaan cuaca pada sebelah pagi ini adalah baik manakala sebelah petang diramal hujan.

Orang ramai boleh membuat perancangan untuk menyaksikan pertunjukan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan pameran maritim di Awana Porto Malai.

Pameran itu akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat dan Sabtu ini.

LIMA '11 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi di Padang Matsirat di sini pagi ini dan berakhir Sabtu ini. - Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment