Friday, 30 December 2011

Jepun batal beri 10,000 tiket percuma



Jepun batal beri 10,000 tiket percuma

TOKYO: Agensi Pelancongan Jepun (JTA) membatalkan rancangan untuk memberikan 10,000 tiket percuma kepada warga asing bagi melawat negara itu selepas kerajaan enggan memperuntukkan belanjawan pelaksanaannya.

“Sebanyak 1.18 bilion yen (RM47.9 juta) dipohon untuk projek yang dikenali sebagai Terbang ke Jepun! (dengan menawarkan 10,000 tiket percuma kepada warga asing) tidak diluluskan sebagai sebahagian daripada deraf belanjawan untuk tahun fiskal 2012,” kata JTA dalam laman webnya.
Akhbar Japan Today melaporkan, kempen menerima liputan media secara meluas pada musim luruh lalu ketika pertama kali diumumkan, sepatutnya membawa masuk pelancong ke Jepun selepas bencana alam pada 11 Mac dan masalah berterusan di loji nuklear Fukushima, selain merancakkan kembali industri pelancongan negara.
“Kami sedar pembatalan ini mengecewakan ribuan pelancong, tetapi kita berharap orang ramai memahami bagaimana perkara ini terlalu sensitif bagi kerajaan Jepun memberikan tiket percuma sedangkan bandar, pekan dan kampung dilanda tsunami masih memerlukan bantuan,” kata JTA. – Agensi



Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment