Tuesday, 13 December 2011

Jelaskan hubungan Saiful-Farah | kes yang masih belum selesai

anwar

Jelaskan hubungan Saiful-Farah | kes yang masih belum selesai | 
KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Tinggi di sini ditangguh bagi membolehkan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil menjelaskan hubungan mereka.

Peguam Karpal Singh ketika berhujah di akhir kes pembelaan semalam menolak kenyataan Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengatakan tiada hubungan istimewa antara mereka.

Farah Azlina merupakan salah seorang pegawai Pendakwa Raya dalam kes liwat tersebut namun telah digugurkan ekoran isu itu.

Terdahulu, Karpal berhujah bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment